Sukan Para Asia: Insiden kasut Nazmi Nasri jadi iktibar, kontinjen negara mahu perketat pemantauan

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan Para Asia: Insiden kasut Nazmi Nasri jadi iktibar, kontinjen negara mahu perketat pemantauan

Kontroversi membabitkan atlet lompat jauh para negara, Muhammad Nazmi Nasri, pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya terus mendapat perhatian apabila pihak pengurusan kontinjen mengakui insiden itu perlu dijadikan pengajaran besar.

Chef de Mission (CDM) kontinjen Malaysia, Kelvin Than, berkata ketidakpatuhan spesifikasi kasut pertandingan atau spike bukan sahaja mengejutkan kem negara, malah menjejaskan peluang Nazmi meraih pingat perak dalam acara lompat jauh T37.

Menurutnya, aspek teknikal seperti pemilihan dan pemeriksaan peralatan tidak boleh dipandang ringan atau diserahkan sepenuhnya tanpa pemantauan rapi.

“Ini merupakan perkara yang tidak disengajakan. Kami akan membuat penilaian secara terperinci dan mengambil langkah pencegahan dan berharap tidak akan berlaku dalam temasya akan datang,” katanya.

Insiden itu menjadi peringatan kepada semua pihak bahawa persiapan atlet bukan hanya melibatkan aspek fizikal dan taktikal, malah perlu merangkumi pemeriksaan menyeluruh terhadap peralatan bagi memastikan setiap atlet mematuhi peraturan pertandingan.

Kontinjen negara dijangka meneliti prosedur sedia ada bagi mengelakkan kejadian sama berulang dalam temasya akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved