Sukan SEA 2025: Kemarau 10 tahun berakhir! Pearly-Thinaah hadiahkan emas bersejarah buat Malaysia

14 Dec 2025 • 4:20 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

BANGKOK – Gandingan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, menepati ramalan apabila berjaya menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Sukan SEA bagi acara tersebut selepas mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan akhir, Ahad.

Kejayaan manis itu dilakar di Gimnasium Universiti Thammasat apabila pasangan yang menghuni ranking nombor dua dunia berkenaan menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari, dalam aksi final yang mendebarkan.

Dalam perlawanan penentuan pingat emas itu, Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras apabila diberikan tentangan sengit oleh pasangan Indonesia yang berada di ranking ke-59 dunia. Namun, pengalaman dan ketenangan jelas memihak kepada gandingan negara untuk melakar kemenangan menerusi pertarungan tiga set 21-16, 19-21, 21-17.

Kemenangan dramatik tersebut sekali gus menoktahkan penantian satu dekad kem badminton negara untuk kembali melihat kilauan emas dalam acara beregu wanita di temasya dwitahunan itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas dalam acara berkenaan adalah pada Sukan SEA 2015 di Singapura. Kejayaan pada edisi tersebut disumbangkan oleh gandingan Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho yang menewaskan pasangan senegara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, di pentas final.

Kejayaan Pearly dan Thinaah ini bukan sahaja mengembalikan kegemilangan beregu wanita negara di pentas Asia Tenggara, malah mengukuhkan status mereka sebagai antara pasangan terbaik dunia ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved