Sukan SEA 2025: Pearly-Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

14 Dec 2025 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sukan SEA 2025: Pearly-Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

Penantian selama 10 tahun berakhir hari ini apabila gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, berjaya meraih pingat emas pertama buat kem badminton negara pada Sukan SEA Thailand 2025.

Lebih istimewa, kemenangan Pearly-Thinaah hari ini juga merupakan pingat emas peribadi pertama buat kedua-duanya dalam kejohanan dwitahunan itu.

image is not available
Kredit: Astro Arena/FB

Di set pertama, juara Masters Jepun ini menampilkan aksi cemerlang apabila menundukkan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, dengan 21-16.

Memasuki set kedua, Pearly-Thinaah mendahului awal 7-1, namun lawan mereka bangkit mengejut untuk mengejar kedudukan sehingga 13-13.

Pertarungan sengit berterusan sehingga set kedua berakhir 21-19 kepada Indonesia, memaksa perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan berhempas-pulas, dengan kesilapan kecil menjadi penentu kemenangan.

Kepenatan jelas terpancar di wajah Pearly apabila menjadi sasaran serangan lawan, tetapi semangat juang Pearly-Thinaah tetap tinggi.

Akhirnya, 21-17 pada set terakhir membolehkan Malaysia meraikan kemenangan membanggakan, dengan pukulan terakhir Pearly menobatkan mereka sebagai juara beregu wanita selepas 10 tahun.

Untuk rekod, kali terakhir pasangan beregu wanita negara memenangi kejuaraan ini ialah pada 2015 di Singapura melalui Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho.