Sukan SEA: Biar adil untuk semua, 18 acara karate dipertandingkan

11 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Sukan SEA: Biar adil untuk semua, 18 acara karate dipertandingkan

Presiden Persekutuan Karate Asia Tenggara (MAKAF) , Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, mengesahkan sebanyak 18 acara bakal dipertandingkan dalam Sukan SEA Malaysia 2027 termasuk kategori baru iaitu kumite berpasukan campuran yang buat julung kalinya diperkenalkan dalam temasya dwitahunan berkenaan.

Ujar Nur Azmi, keputusan tersebut telah dicapai secara kolektif ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang diadakan di Ibu Negara hari ini dengan dihadiri setiap perwakilan negara anggota karate ASEAN.

MAKAF sebelum ini meletakkan sasaran awal sekurang-kurangnya menggenggam enam pingat emas Sukan SEA 2027.

"Semua negara ASEAN bersetuju dengan acara yang kami cadangkan termasuk kategori baharu yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Karate Dunia (WKF).

"Semua juga negara bersetuju dengan 18 acara yang dirancang agar biar adil buat semua negara," katanya di Nadi Arena.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah dalam edisi 2017, kem karate negara menghadiahkan tujuh pingat emas, dua perak dan empat gangsa daripada 16 acara dipertandingkan.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved