Sukipt: Rekod acara 1,500m lelaki, wanita lebur

3 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukipt: Rekod acara 1,500m lelaki, wanita lebur

TEMPOH suntuk melakukan persiapan bagi menghadapi temasya Sukan IPT (Sukipt) 2026 tidak menghalang pelari Universiti Malaysia (UM), Shawn Roshan Singh daripada memenangi pingat emas acara 1,500 meter (m) lelaki.

Lebih manis, catatan masa 4 minit 03.43 saat (s) yang dilakukan pada aksi final di Stadium Arena UM semalam menyaksikan atlet berusia 21 tahun itu meleburkan rekod temasya sebelum ini 4:05.11s.

Roshan berkata, pecutan awal dilakukan menjadi pencetus kepada kejayaannya semalam biarpun mengakui agak kecewa kerana tidak dapat melakukan catatan masa lebih pantas seperti yang diharapkan.

“Secara jujur, memang saya jangka untuk memecahkan rekod temasya hari ini (semalam), tetapi catatan masa itu sepatutnya lebih laju. Saya hanya berlari dan fokus kepada catatan masa, jadi sangat gembira untuk dapat rekod.

“Sejak awal lagi saya sudah melakukan pecutan dan memang itu pun perancangan hari ini (semalam). Kalau saya mahu dapatkan catatan masa yang bagus, memang perlu laju sejak dari awal,” katanya ketika ditemui selepas upacara penyampaian pingat.

Mengiringi Roshan di podium semalam adalah pelari Universiti Multimedia (MMU), Jed Teh Qi Xian yang membawa pulang pingat perak, manakala gangsa menjadi milik Mohd. Akram Mohd. Hafez dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tambah Roshan, dia hanya memiliki masa kira-kira tujuh minggu untuk melakukan persiapan bagi menghadapi temasya sukan itu kerana perlu berehat panjang sebelum ini gara-gara kecederaan ketika beraksi pada Terbuka Malaysia Jun lalu.

Sementara itu, pingat emas 1,500m kategori wanita menjadi milik Esther Joy dari Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) menerusi catatan masa rekod temasya 4:53.40s menewaskan S. Geetha (UM) dan pelari Universiti Putra Malaysia (UPM), Clezendra Chanda Cevester Empari.

The post Sukipt: Rekod acara 1,500m lelaki, wanita lebur appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved