
SHAH ALAM, 21 OGOS: Perenang Selangor menuai pingat emas dalam acara renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila meraih satu pingat emas dan satu gangsa, dalam acara 800 meter gaya bebas wanita, hari ini.
Emas disumbangkan Chong Yuan Yi selepas muncul juara acara 800 meter dengan mencatatkan kepantasan masa 9:21,60 menewaskan perenang yang terpaksa berpuas hati mendapat perak.
Pusat Akuatik Selangor turut menyaksikan Hermann Tang Bok Yu menyumbang pingat gangsa dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.
Acara ittu dimenangi oleh perenang Wilayah Persekutan dan pingat perak untuk perenang Pulau Pinang.





