![Image from: [VIDEO] Sulong tidak lagi merayau di jalan raya, dibawa ke Tasik Kenyir](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-01-at-22.17.43-1024x682.jpeg)
PETALING JAYA – Berita mengenai gajah jantan dikenali Sulong yang dibawa ke Tasik Kenyir selepas sebelum ini berkeliaran di sepanjang Jalan Raya Timur Barat mengundang kelegaan dalam kalangan orang ramai.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, heavenlyangel_heavenlyangel, yang memaklumkan Sulong dipercayai telah diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Batu Melintang.
“Khabarnya Abang Sulong dah dibawa ke Tisek Kenyir, Perhilitan ambil Sulong di Batu Melintang.
“Siang tadi ada info daripada Tuan Aziman. Beliau dari Kelantan nak ke Penang nampak satu lori membawa dua ekor denak dan satu lori macam Abang Sulong,” tulisnya.
Menurutnya, dia berasa lega selepas mendapat perkembangan berkenaan kerana sebelum ini bimbang keselamatan Abang Sulong ketika haiwan itu dilihat merayau di jalan raya.
“Escort (pengiring) pun ramai macam bawa orang kenamaan. Abang Sulong, jaga diri baik-baik. Bagi dia makan, minum dan mandi,” katanya.
Perkongsian tersebut turut mendapat respons positif pengguna media sosial yang berharap gajah jantan itu berada dalam keadaan baik di lokasi baharunya.
“Alhamdulillah, semoga Sulong duduk baik-baik di tempat baharu,” tulis izz_freya.
“Alhamdulillah, Sulong baik-baik saja, dah sampai Kenyir. Suami update tadi,” kata shira_aminn.
Sementara itu, chimderella13 berkata: “Betul ke Abang Sulong? Sekurang-kurangnya dia dah tak perlu berjalan sepanjang lebuh raya tu. Semoga Sulong sihat selalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Sulong tidak lagi merayau di jalan raya, dibawa ke Tasik Kenyir appeared first on Kosmo Digital.

![[VIDEO] Pagi ini nampak Sulong jalan balik hala Titiwangsa](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SULUNG-GAJAH-1024x619.jpeg)




