Sultan Mizan berkenan terima menghadap Ramanan, sembah perkembangan Pusat Rehabilitasi PERKESO

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Mizan (kiri) menerima menerima sembah menghadap R. Ramanan (tengah) bagi mempersembahkan perkembangan projek berkaitan Perkeso di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

​KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima sembah menghadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan di sini pada Khamis.

​Dalam sesi tersebut, Ramanan menyembah maklum mengenai perkembangan terkini pembangunan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang sedang dilaksanakan di Terengganu.

​Beliau berkata, projek berimpak tinggi itu dijangka menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh sistem keselamatan sosial negara menerusi aspek pemulihan dan kebolehkerjaan semula pencarum.

​"Pusat ini akan menyediakan perkhidmatan pemulihan komprehensif bagi membantu pencarum yang mengalami kecederaan atau hilang upaya, khususnya buat rakyat di negeri Terengganu supaya dapat kembali aktif dalam pasaran pekerjaan.

​"Langkah ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memperluas akses kepada kemudahan kesihatan dan perlindungan sosial yang berkualiti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

​Dalam pada itu, Ramanan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Sultan Mizan yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat.

​Menurutnya, sokongan berterusan baginda terhadap inisiatif seumpama itu amat bermakna dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta memperkasa keupayaan golongan pekerja.

​Jelas beliau, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited memastikan projek tersebut berjalan lancar mengikut perancangan demi memberi manfaat optimum kepada rakyat yang memerlukan sokongan pemulihan dan reintegrasi ke dalam dunia pekerjaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved