Sultan Pahang Hentikan Konvoi, Bantu Pasangan Parah Kemalangan 

22 Aug 2026 • 11:13 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Sultan Pahang Hentikan Konvoi, Bantu Pasangan Parah Kemalangan 

KUCHING - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menghentikan perjalanan baginda bagi membantu sepasang suami isteri yang mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Kampung Stungkor di laluan Bau-Lundu, Sarawak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika baginda  memandu sendiri dari Lundu menuju ke Kuching, selepas berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Telok Melano.

Menurut hantaran Facebook Kesultanan Pahang, baginda terserempak dengan lokasi kemalangan itu dan mendapati pasangan suami isteri yang menaiki sebuah motosikal terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita tempatan.

Prihatin dengan keadaan mangsa, Al-Sultan Abdullah segera menitahkan ambulans yang mengiringi konvoi baginda memberikan bantuan kecemasan kepada pasangan berkenaan, sebelum membawa mereka ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baginda turut berkenan melihat sendiri keadaan mangsa, bertanya mengenai keadaan mereka serta membantu menenangkan pasangan itu sebelum berangkat meneruskan perjalanan ke Kuching. - Getaran, 22 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved