JIM Beri Kerjasama Penuh Siasatan Kemalangan Libatkan Kenderaan Jabatan

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JIM Beri Kerjasama Penuh Siasatan Kemalangan Libatkan Kenderaan Jabatan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jabatan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, JIM amat dukacita dengan kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan itu.

Katanya, seluruh warga JIM merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa serta mendoakan mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan.

“JIM memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dalam menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian.

“Jabatan menghormati proses siasatan yang sedang berlangsung dan tidak akan membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:

Menurut Zakaria, JIM turut akan menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan berkaitan pengoperasian kenderaan jabatan.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan perkara berkenaan diteliti secara menyeluruh, manakala sebarang tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa dan siasatan dalaman jabatan.

Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan pihak berkuasa.

Ujarnya, orang ramai juga diminta menghormati privasi dan sensitiviti keluarga mangsa serta tidak menyebarkan gambar, rakaman atau maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“JIM memandang serius kejadian ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa serta siasatan dalaman Jabatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved