Sultan Sharafuddin berkenan rasmi Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor

26 Sep 2026 • 2:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Kuil Selangor

CYBERJAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 9.40 pagi disambut Presiden RSPEC Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail.

Acara itu turut diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Baginda Sultan Selangor.

RSPEC dalam kenyataan memaklumkan keberangkatan baginda berdua menyerlahkan kedudukan RSPEC sebagai sebuah destinasi sukan unggul yang menggabungkan kekayaan warisan ekuestrian dengan pelbagai kemudahan rekreasi dan pengalaman berteraskan komuniti.

Menurutnya usaha penubuhan kompleks itu sekali gus membuka ruang baharu bagi pembangunan sukan dan pelancongan sukan bertaraf dunia di Selangor.

“RSPEC dibangunkan dengan satu visi yang jelas, iaitu mengangkat polo dan ekuestrian ke tahap yang lebih tinggi, di samping mewujudkan sebuah destinasi sukan yang terbuka, aktif dan relevan kepada komuniti,” kata RSPEC.

Sepanjang lawatan berkenaan, baginda berdua berkenan meninjau pelbagai infrastruktur polo dan ekuestrian bertaraf dunia di premis tersebut.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyempurnakan acara menanam pokok dan perasmian arca kuda di premis itu.

Kompleks itu merangkumi sebuah padang polo lengkap dengan trek pasir sepanjang satu kilometer di sekelilingnya, 136 kandang kuda serta arena dalaman dan luaran.

RSPEC, dibangunkan dengan mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat, memperkukuh keupayaan Selangor menganjurkan kejohanan berprestij di peringkat domestik dan rantau. – BERNAMA

The post Sultan Sharafuddin berkenan rasmi Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved