Sumber Dakwa Bakal Ada 2 TPM Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar. Betul Ke Nama Zahid Sangkut?

Politics
30 Nov 2022 • 3:52 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pembentukan Kabinet yang bakal disertai dalam jumlah yang lebih sedikit daripada kerajaan sebelum ini.

Ada sumber yang melaporkan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu didakwa bakal melantik 2 orang Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam senarai 25 ahli Jemaah Menteri.

Sumber itu berkata, kedua-dua TPM nanti didakwa terdiri daripada pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

image is not available

PKR, Umno, DAP dan GPS mungkin diberi jawatan Menteri paling banyak.

Warisan, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) juga dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Sumber itu juga berkata, Anwar dijangka mengumumkan Jemaah Menteri esok (1 Disember 2022).

image is not available

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, Khamis lalu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dikatakan bakal mengisi salah satu daripada 2 jawatan TPM.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Presiden Warisan, Shafie Apdal akan dilantik sebagai TPM dalam Jemaah Menteri Anwar.

image is not available

Anwar turut digesa supaya tidak menyenaraikan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen lain yang berdepan kes mahkamah yang sedang berjalan -- termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta beberapa pemimpin lain lagi.

Bagaimanapun, semalam -- bekas Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan, yang akhirnya menyaksikan BN bersetuju bekerjasama dengan PH, sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu.

image is not available

Sumber: FMT