Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Artis Malaysia Alice Chang melancarkan Sun Bear Malaysia 2026/2027, kempen seni, warisan, pelancongan dan pemuliharaan yang dibawakan oleh Mamee Monster.
Kempen ini menampilkan 15 patung Beruang Madu atau turut digelar Beruang Matahari bersaiz sebenar untuk memperkenalkan budaya, mercu tanda dan warisan semula jadi negara kepada rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, mewakili Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Dikonsepkan oleh pengasas Lai Lai Art Gallery + Studio, Alice Chang, kempen ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) dan Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC).
“Malaysia penuh dengan kisah indah, daripada tradisi dan kraf tangan hingga manusia dan keajaiban alam semula jadi. Melalui 15 Beruang Madu ini, saya ingin menghidupkan kisah-kisah tersebut supaya semua, terutamanya kanak-kanak dan keluarga, dapat menikmatinya,” kata Alice. Beliau turut berharap pengunjung mengenali beruang madu sebenar, spesies asli yang terancam akibat kehilangan habitat dan aktiviti haram hidupan liar.
15 patung, 15 kisah
Kempen ini melibatkan13 patung yang diilhamkan daripada negeri-negeri Malaysia, satu mewakili Wilayah Persekutuan, dan Sayang, Beruang Malaysia, yang melambangkan perpaduan negara.

Pengunjung boleh mengimbas kod QR pada setiap patung untuk mengetahui kisah di sebaliknya dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin.
Pengalaman untuk pengunjung
- Discover Passport: Dijual di kedai cenderamata tingkat bawah Bangunan Sultan Abdul Samad. Pengunjung boleh mengumpul setem di setiap patung. Semua hasil bersih jualan disumbangkan kepada BSBCC untuk usaha menyelamat dan memulihkan beruang madu.
- Kit lukisan Beruang Madu mini: Lengkap dengan figura beruang, cat dan berus. Boleh dilukis di bengkel dalam kedai atau dibawa pulang.
Mamee Monster Goes Cuti-Cuti Malaysia
Mamee Monster, penaja utama kempen, bergabung dengan Beruang Madu dalam persahabatan yang tidak dijangka, sempena ulang tahun ke-55 Mamee sejak bermula di Melaka pada 1971.
“Malaysia sentiasa menjadi nadi cerita kami. Ini cara kami berbudi kepada negara yang telah bersama kami selama 55 tahun,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Mamee-Double Decker Distribution (M) Sdn Bhd, How Yuan Yi.
BSBCC pula menyumbang pengetahuan pemuliharaan, manakala ARCH dan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur menjadi rakan pengalaman warisan. Kempen turut disokong oleh MOTAC dan Tourism Malaysia.
Sesi bicara pemuliharaan
BSBCC akan mengadakan siri bicara percuma tentang beruang madu, ancaman yang dihadapinya dan kepentingan melindungi habitat hutan, dengan sesi lebih mendalam untuk dewasa dan aktiviti sesuai umur untuk kanak-kanak. Syarikat juga boleh menaja sesi bicara persendirian, dengan hasil bersih disalurkan kepada BSBCC.






