
SIPITANG: Sungai Bubus 2 muncul juara pertandingan sepak takraw bawah 20 tahun sempena program Sukan Rakyat di Kg Pasir Puteh pada Sabtu, sekali gus membawa pulang wang tunai RM500.
Pantai Lemiding di tempat kedua dengan RM300 manakala Batu Begunjai dan Pemuda PGRS berkongsi tempat ketiga, masing-masing menerima RM100.
Acara yang dianjurkan oleh Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ulu Sipitang itu turut menampilkan sukan untuk kanak-kanak, belia dan dewasa, sekali gus menghiburkan orang ramai sepanjang hari.
Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang merasmikan program itu berkata aktiviti seumpama itu bukan sahaja memupuk kesihatan malah mempererat perpaduan dan mendisiplinkan peserta.
“Semangat kesukanan lebih penting daripada hadiah. Sukan mengeratkan hubungan, membina persahabatan dan memberi kegembiraan kepada semua,” katanya.

