Sunview mohon kebenaran mahkamah tuntut bayaran daripada Adil Bestari bagi projek solar di Labuan

LocalBusiness & Finance
3 Nov 2026 • 9:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunview mohon kebenaran mahkamah tuntut bayaran daripada Adil Bestari bagi projek solar di Labuan Image from: Sunview mohon kebenaran mahkamah tuntut bayaran daripada Adil Bestari bagi projek solar di Labuan johardy03/11/2026 - 09:40 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Nov - Sunview Group Berhad memohon kebenaran mahkamah untuk meneruskan tuntutan bayaran RM2.78 juta terhadap kontraktor yang telah diperintahkan gulung tikar berhubung kerja pembinaan loji tenaga solar di Labuan.

 

Anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd memfailkan afidavit sokongan di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu pada 2 November 2026 bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding adjudikasi terhadap Adil Bestari Sdn Bhd di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA).

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, Adil Bestari melantik Fabulous Sunview untuk melaksanakan kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pentauliahan dan kerja lain bagi loji solar fotovoltan berkapasiti lima megawatt di Tanjong Kubong menerusi subkontrak bernilai RM20.6 juta.

 

 

 

 

 

 

Fabulous Sunview telah melaksanakan kerja berkenaan dan mengemukakan tuntutan bayaran kemajuan mengikut terma pembayaran dalam perjanjian tersebut.

 

Adil Bestari diperintahkan gulung tikar oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada atau sekitar 13 Mei 2025 dengan Ketua Pengarah Insolvensi dilantik sebagai pelikuidasi.

 

Usaha mendapatkan bayaran terus tidak berhasil

Susulan itu, Fabulous Sunview tidak dapat mendapatkan semula baki bayaran yang perlu dibayar atau dituntut di bawah perjanjian berjumlah RM2,776,131.60.

 

Anak syarikat itu telah menghubungi pihak pemberi kerja projek bagi meneroka kemungkinan bayaran berkaitan disalurkan terus kepadanya.

 

Bagaimanapun, bayaran tidak dapat diperoleh melalui kaedah tersebut berikutan keperluan undang-undang dan insolvensi yang terpakai selepas Adil Bestari diperintahkan gulung tikar.

 

Antara alasan Fabulous Sunview memohon kebenaran mahkamah ialah pihaknya mempunyai kes prima facie dan wujud pertikaian sebenar antara kedua-dua pihak.

 

Prosiding adjudikasi yang dicadangkan itu bertujuan menentukan tuntutan bayaran Fabulous Sunview terhadap Adil Bestari serta menyokong usaha mendapatkan semula baki bayaran melalui pelikuidasi.

 

Tiada kesan material serta-merta dijangka

Prosiding itu juga bertujuan memudahkan kutipan menerusi aturan pembayaran yang tersedia sekiranya dibenarkan undang-undang, tertakluk kepada keperluan undang-undang, kontrak dan insolvensi.

 

 

 

 

 

 

Sementara menunggu keputusan proses litigasi, Sunview berkata, pemfailan afidavit itu tidak dijangka memberi kesan kewangan material serta-merta kepada kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026 atau kesan serta-merta terhadap operasinya.

 

Syarikat itu akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat perkembangan material atau selepas menerima arahan lanjut daripada mahkamah. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved