
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 - Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal sebulan lagi, dan EMTOP, sebuah jenama perkakasan antarabangsa yang terkenal, bersedia untuk membantu rakyat Malaysia berjimat besar dalam projek do-it-yourself (DIY) di musim perayaan ini.
Dari 1 hingga 31 Mac 2024, peruncit tersebut menganjurkan 'Super Saver Sale', menawarkan peluang kepada peminat DIY, pembina profesional, dan tukang untuk menikmati diskaun 50 peratus ke atas lebih dari 100 alat perkakasan.
‘Super Saver Sale’ EMTOP turut merangkumi alat kuasa seperti penggiling sudut, kini dijual dengan harga RM120 (Harga Biasa: RM240), dan tukul putar pada harga RM245 setiap satu (Harga Biasa: RM490). Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai alat perkakasan termasuk alat kuasa, aksesori, peralatan, alat udara, alat berkebun, alat kegunaan tangan, alat pengukur, pam air, dan banyak lagi pada harga diskaun. Lihat senarai penuh barangan yang ditawarkan diskaun di https://www.mrdiy.com.my/default/emtop.
Pada April 2023, Kumpulan MR D.I.Y. memperkenalkan EMTOP pertama sebagai francaisi induk untuk EMTOP di Malaysia. Kini dengan enam lokasi di Lembah Klang, Malaysia, EMTOP, sebuah jenama yang diiktiraf di peringkat global dan beroperasi di 80 negara, menawarkan lebih daripada 1,000 produk perkakasan berkualiti, termasuk alat kuasa dan aksesorinya. Satu ciri istimewanya adalah bateri standard yang digunakan untuk lebih 100+ alat, menjadikannya mudah dan efisien untuk pengguna.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EMTOP dan aktiviti pelancarannya, layari laman web EMTOP, emtop.com/my, dan saluran media sosialnya, Facebook dan Instagram. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan saluran media sosial, Facebook dan Instagram.





