Lelaki tular langgar dua beradik depan sekolah didakwa

1 Oct 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki tular langgar dua beradik depan sekolah didakwa

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal yang tular selepas melanggar dua beradik yang sedang melintas di hadapan sebuah sekolah di Permatang Pauh pada 23 September lalu didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Amin Abdul Hamid, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Razali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu khidmat am itu didakwa menunggang motosikal jenis Honda RS-X secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan dua pejalan kaki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Permatang Pauh, dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di sini pada pukul 7.20 pagi, 23 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun menawarkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Puvirajan memohon jaminan minimum dengan alasan tertuduh baru bekerja empat bulan selain menyara ibu bapanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 November sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki tular langgar dua beradik depan sekolah didakwa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved