Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'

24 Sep 2026 • 9:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid ketika menceritakan keadaan suri rumah yang ditemukan maut dipercayai akibat tikaman di rumahnya pada Rabu.
Image from: Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'
Ketika kejadian arwah dikatakan sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah.
Image from: Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'
Nur Halim menunjukkan kesan darah dalam kejadian melibatkan seorang wanita OKU di Kampung Cheh Hilir di sini pada Khamis.
Image from: Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'
Kesan darah yang menitik ke bawah rumah masih kelihatan di lokasi kejadian.
Image from: Suri rumah maut: 'Saya datang nampak arwah tidak sedarkan diri, darah mengalir banyak hingga bawah rumah'
Badariah

KUALA KANGSAR - “Saya datang dan tengok keadaan arwah sudah tidak sedarkan diri dengan darah mengalir banyak di bawah rumah.”

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid ketika menceritakan keadaan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemukan maut dipercayai akibat tikaman di rumahnya pada Rabu.

Menurutnya, suami mangsa yang berada di dapur ketika kejadian mendakwa terdengar isterinya menyebut kakinya dicucuk sebelum menemui wanita itu dalam keadaan berlumuran darah.

**media[3657866]**

“Suaminya beritahu ketika itu arwah sedang mengopek ikan bilis di bahagian tengah rumah, tetapi dia sendiri tidak pasti bagaimana kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.

Nur Halim berkata, suami mangsa kemudian meminta bantuan penduduk kampung sebelum menghubunginya kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata, tiga anak pasangan berkenaan turut merupakan OKU dan keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, sungguhpun begitu, keluarga berkenaan tidak pernah mengganggu penduduk kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ditemui mati dengan kesan tikaman

Suri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun

Suri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan

Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau

**media[3657864]**

Katanya, suami Allahyarham pernah menjadi ahli jawatankuasa masjid dan aktif membantu penduduk kampung menguruskan jenazah.

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Halim berkata, dua anak mangsa sudah diserahkan kepada JKM untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati pada Rabu.

Mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiami bersama suami dan tiga anak.

**media[3657864]**

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.

Sementara itu, jiran mangsa, Badariah Jaafar, 72, berkata, dia mengetahui kejadian selepas melihat orang ramai dan beberapa motosikal berada berhampiran rumah mangsa kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Menurutnya, seorang penduduk yang melihat kejadian memaklumkan Nor Ainon mengalami kecederaan.

Badariah berkata, Nor Ainon yang mesra dengan penduduk kampung sering bertegur sapa dengan jiran termasuk ketika melihat kanak-kanak pulang dari sekolah.

**media[3657867]**

“Kali terakhir saya jumpa arwah pada pagi Rabu ketika saya menyapu di luar rumah. Dia duduk atas gelung batu sambil berbual dan bergelak dengan anaknya yang kecil.

“Dia memang jiran yang baik dan suka membantu walaupun dirinya sendiri tidak berapa larat. Kadang-kadang saya beritahu dia tidak perlu buat, tetapi dia tetap membantu kutip buah kelapa, angkat barang dan sebagainya,” katanya.

Badariah berkata, keluarga Nor Ainon juga tidak pernah mengganggu jiran-jiran dan penduduk kampung adakalanya memberikan makanan kepada keluarga berkenaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved