Wanita Maut Dipercayai Dibunuh, Dua Ahli Keluarga Ditahan Bantu Siasatan

24 Sep 2026 • 10:13 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wanita Maut Dipercayai Dibunuh, Dua Ahli Keluarga Ditahan Bantu Siasatan

IPOH, (Bernama) — Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.38 petang selepas ahli keluarga menjumpai mangsa yang berumur 49 tahun tertiarap dan tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Polis turut menemukan sebilah pisau disyaki digunakan suspek semasa kejadian.

Heisham berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala kedua-dua lelaki itu akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohamad Fadhil Ab Wahab melalui talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar 05-7762222 bagi membantu siasatan.

The post Wanita Maut Dipercayai Dibunuh, Dua Ahli Keluarga Ditahan Bantu Siasatan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved