Suri rumah rugi lebih RM87,000 diperdaya skim pelaburan dalam talian

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Suri rumah rugi lebih RM87,000 diperdaya skim pelaburan dalam talian

Seorang suri rumah berusia 63 tahun di Terengganu kerugian RM87,975 selepas diperdaya skim pelaburan saham palsu yang menjanjikan pulangan RM25,000 bagi setiap pelaburan RM450

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan seorang wanita warga emas kerugian RM87,975.04 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian pada 3 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 63 tahun telah melihat iklan pelaburan saham itu di laman Facebook.

Beliau berkata mangsa yang tidak bekerja tertarik dengan skim itu dan bertindak menghubungi suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Suspek memujuk mangsa agar menyertai skim itu dengan dijanjikan pulangan lumayan, iaitu sebanyak RM25,000 bagi setiap RM450 yang dilaburkan.

“Mangsa yang gelap mata telah membuat sembilan kali bayaran berjumlah RM87,975.04 menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas dari 3 hingga 12 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa mengesyaki ditipu selepas gagal mendapatkan kembali wang modal dan sebarang pulangan keuntungan, malah usaha menghubungi suspek juga gagal.

“Mangsa yang berasal dari Wakaf Tembusu, Kuala Nerus, kemudiannya membuat laporan polis pada 7.58 malam semalam,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved