Suspek hubungi abang ipar selepas bunuh isteri

16 Oct 2026 • 8:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek hubungi abang ipar selepas bunuh isteri

SEREMBAN: Suspek yang juga suami kepada mangsa bunuh, Norhazwani Ibrahim, 35, telah menghubungi abang iparnya untuk memaklumkan telah membunuh isterinya itu, sebelum menyerah diri di balai polis, malam tadi.

Abang sulung mangsa, Amran Ibrahim berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh adik kelapannya yang menerima panggilan telefon daripada suspek kira-kira pukul 7.30 malam.

“Adik saya beritahu suami arwah telefon dan memaklumkan bahawa dia telah membunuh isterinya sebelum menyerah diri di Balai Polis Sepang.

“Selepas mendapat tahu perkara itu, adik saya terus memaklumkan kepada saya sebelum saya datang ke sini untuk mendapatkan pengesahan,” katanya ketika ditemui di Kuarters KLIA, Nilai, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Amran, dia kemudian menghubungi Balai Polis Sepang untuk mendapatkan pengesahan sebelum diminta merujuk perkara itu kepada Balai Polis Nilai yang mengendalikan kes berkenaan.

“Lepas itu saya telefon Balai Polis Nilai. Balai Polis Nilai mengesahkan betul adik saya ditikam oleh suspek,” katanya.

Dalam pada itu, Amran berkata, keluarganya dimaklumkan bahawa suspek baru-baru ini dibebaskan dari penjara selepas diikat jamin berhubung kes dadah.

“Suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara. Kami ada dengar cerita dia dijamin keluar tetapi tidak tahu siapa yang menjaminnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan suspek mendirikan rumah tangga kira-kira lapan tahun lalu dan dikurniakan dua anak berusia lima dan enam tahun yang kini dijaga oleh keluarga di Pangkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Mengulas tindakan terhadap suspek, Amran berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas. Kalau hendam marah pun tidak guna, lebih baik biarkan polis mengendalikan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita yang juga pegawai kastam ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi. – UTUSAN

The post Suspek hubungi abang ipar selepas bunuh isteri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved