
TUMPAT – Abang kepada seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dibunuh kediamannya di Kompleks Perumahan Awam dekat Nilai, Negeri Sembilan malam tadi dihubungi oleh suspek yang merupakan adik iparnya untuk menjadi saksi saksi lafaz cerai terhadap arwah.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa, Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai dibunuh oleh suaminya yang berusia dalam lingkungan 30-an sebelum lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor kira-kira 30 minit kemudian.
Mohd. Hazwan, 38, berkata sehari sebelum kejadian, dia bermalam di rumah Allahyarham adiknya kerana ada urusan di Bangi, Selangor.
Katanya, dia keluar dari rumah arwah kira-kira pukul 10.30 pagi kelmarin dan adik iparnya yang merupakan suspek kes itu ada menghubungi sebelum meminta agar menjadi saksi lafaz cerai.
“Suspek meminta saya menjadi saksi lafaz cerai terhadap arwah menerusi telefon sebelum panggilan terputus. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
“Saya hubungi semula adik ipar saya dan dia memaklumkan bahawa isterinya sudah tiada. Dia tidak pula memaklumkan bahawa sudah membunuh arwah Norhazwani. Suspek hanya beritahu dia sudah berada di IPD Sepang,” ujarnya.
Mohd. Hazwan berkata, jenazah Allahyarham Norhazwani dijangka dikebumikan di Tanah Perkuboran Islam Tanjong, Pengkalan Kubor di sini esok. – KOSMO! ONLINE
The post Suspek kes bunuh isteri minta abang ipar jadi saksi lafaz cerai appeared first on Kosmo Online.






