Suspek Kes B*nuh Sabari Baharom Ketagih Judi, Joli RM16,000 Milik Mangsa Di Batam

Entertainment
4 Oct 2024 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suspek yang juga kontraktor berusia 38 tahun yang disyaki menyamun dan mencampakkan pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, dikatakan telah membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia sebelum ditahan polis.

Menurut sumber, suspek dan anak saudaranya, 26, telah ke Batam selepas membunuh mangsa dan mengeluarkan wang simpanannya yang berjumlah RM16,000.

Mereka dipercayai menggunakan wang samun dengan berjudi di sebuah kasino di negara itu,” katanya.

image is not available

Menurut Kosmo, suspek dikatakan mempunyai masalah ketagihan judi termasuk judi dalam talian.

Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, soal siasat terhadap suspek mengaku niat awal mereka ingin menyamun mangsa.

Namun selepas wajah suspek dikenali mangsa, mereka terus mengambil tindakan mengikat tangan dan menutup mulut dengan pita pelekat lalu membawa mangsa dan mencampaknya ke dalam sungai.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.