Suspek kes curi rantai emas RM36,500 ditahan

5 Sep 2026 • 8:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Suspek kes curi rantai emas RM36,500 ditahan

Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki mencuri seutas rantai emas bernilai RM36,500 di sebuah kedai emas di Batu Kurau.

IPOH: Seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes kecurian seutas rantai emas di sebuah kedai emas di Batu Kurau, Larut, kelmarin berjaya ditahan polis, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Ramzi Mahmudin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kecurian seutas rantai emas bernilai kira-kira RM36,500 di premis itu pada kira-kira pukul 3.15 petang kelmarin.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek berusia 30 tahun itu telah mengunjungi premis berkenaan sebanyak dua kali iaitu pada Rabu dan Khamis lepas sebelum menyamar sebagai pelanggan dan melarikan barang kemas tersebut.

“Hasil siasatan dan tindakan pantas, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan pada awal pagi semalam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan. Suspek telah direman selama empat hari dari 4 hingga 7 Sept bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramzi berkata pihak polis turut menjalankan tindakan lanjut dengan bantuan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta dalam bangunan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved