Empat lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah ditahan

2 Sep 2026 • 10:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah ditahan
Kesemua suspek ditahan di dua premis berasingan di sekitar Ipoh. - Gambar hiasan

IPOH - Polis menahan empat lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Pengkalan Indah di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kesemua suspek ditahan pada 2.45 pagi tadi hasil risikan dan tindakan susulan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di dua hotel berasingan di sekitar Ipoh.

"Semakan mendapati kesemua tahanan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan. 

Muhammad Najib berkata, polis turut merampas beg sandang, pisau bersarung, minuman keras serta sejumlah mata wang asing, antaranya mata wang Vietnam dan Hong Kong.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes pecah rumah lain di sekitar daerah Ipoh,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved