Suspek Kes Tembak Golok Pernah Ditetak Parah, Terima 120 Jahitan

5 Nov 2025 • 3:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas penjaga gol pasukan Kelantan FA musim 2019, yang kini menjadi suspek utama dalam kejadian tembakan di Sungai Golok, Thailand, dilaporkan pernah menjadi mangsa serangan ganas sehingga menerima lebih 120 jahitan, termasuk 20 di kepala, dalam satu kejadian tetak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan Kosmo! akibat kecederaan serius itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Golok selama hampir sebulan sebelum kembali pulih.

image is not available

Sumber keselamatan THailand mendedahkan bahawa siasatan awal mendapati insiden tetak tersebut berlaku kira-kira empat bulaan lepas, dipercayai berpunca daripada pertikaian hutang antara suspek dan individu lain.

“Kami tidak menolak kemungkinan dendam lama akibat serangan itu menjadi sebab suspek bertindak balas dalam kejadian tembakan baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, pasukan penyiasat kini sedang meneliti semula punca sebenar kejadian dan mengaitkannya dengan insiden lama yang pernah menimpa suspek.

image is not available

Foto: FB Mohd Kamal

Suspek yang memiliki dua kerakyatan itu kini ditahan di Balai Polis Sungai Golok dan direman selama 80 hari bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel lain: Insiden Golok: Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Terkena Lapan Das, Tak Sempat Timang Anak Sulung

Dia diberkas dalam satu sebuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok sekitar jam 6 petang kelmarin sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

image is not available

Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sama ada dendam lama dan isu hutang menjadi punca utama kejadian tembakan yang mencetuskan perhatian ramai itu.

Sumber: Kosmo!

The post Suspek Kes Tembak Golok Pernah Ditetak Parah, Terima 120 Jahitan appeared first on Borak Daily.