Suspek kes tetak rakan serumah ditahan kurang 24 jam

9 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek kes tetak rakan serumah ditahan kurang 24 jam

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam terhadap rakan sekerjanya di sebuah restoran di Taman Cheras Baru, di sini, kurang 24 jam selepas kejadian.

Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu stor mengalami kecederaan akibat ditetak.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Suspek yang merupakan lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun serta rakan sekerja dan rakan serumah mangsa itu ditahan di hadapan sebuah poliklinik di Jalan 16, Kampung Cheras Baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan kegagalan mengawal kemarahan susulan perselisihan faham yang berlaku berulang kali antara suspek dan mangsa.

“Kedua-duanya telah tinggal bersama selama lima tahun. Mangsa kini menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Ampang dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di hadapan Majistret hari ini bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek kes tetak rakan serumah ditahan kurang 24 jam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved