Suspek kokain dakwa petugas lapangan terbang sudah dibayar

14 Oct 2026 • 1:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek kokain dakwa petugas lapangan terbang sudah dibayar

KUALA LUMPUR: Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama lima kilogram kokain di Jepun mendakwa dia diberitahu bahawa petugas lapangan terbang sudah menerima bayaran bagi memastikan mereka tidak diperiksa.

Dakwaan itu dilaporkan Fuji News Network (FNN) pada Isnin lalu, yang memetik kenyataan suspek lelaki berusia 24 tahun mengenai cubaan membawa masuk dadah melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

“Saya diberitahu petugas lapangan terbang sudah dibayar, jadi kami tidak akan diperiksa. Sebab itu saya berasa lega,” katanya seperti dilaporkan FNN.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan lapangan terbang yang dimaksudkan atau mengemukakan pengesahan bahawa sebarang sogokan benar-benar berlaku.

Menurut FNN, lima rakyat Malaysia itu dipercayai menerima tawaran kerana menghadapi masalah kewangan sebelum cuba membawa masuk kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut.

Kegiatan mereka terbongkar selepas pegawai Kastam Jepun mengesyaki seorang suspek yang memakai kasut bertapak terlalu tebal, sebelum pemeriksaan menemukan dadah berkenaan.

Setiap suspek dipercayai membawa kira-kira satu kilogram kokain, dengan 500 gram disembunyikan di dalam setiap kasut.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan dua lelaki dan tiga wanita rakyat Malaysia ditahan pada 10 Oktober lalu.

Beliau berkata, PDRM akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penahanan itu, termasuk kemungkinan kaitan dengan rangkaian sindiket dadah Malaysia dan antarabangsa.

The post Suspek kokain dakwa petugas lapangan terbang sudah dibayar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved