5 Rakyat Malaysia ‘Sangkut’ Di Jepun, Cuba Seludup D*ah Dalam Kasut

13 Oct 2026 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft dadah kasut

Seramai 5 rakyat Malaysia dilaporkan ditahan di Jepun selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan kokain yang dipercayai disembunyikan di dalam kasut sebelum dibawa masuk ke negara itu menerusi Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Menurut laporan sumber, empat daripadanya mengaku terhadap dakwaan yang dikenakan, manakala seorang lagi menafikan penglibatan dalam kes berkenaan.

Artikel berkaitan : Ada Rekod Dadah, Ibu 21 Tahun Disyaki D*ra Anak Kandung Berusia 5 Tahun Hingga Parah

Menurut laporan NHK World Japan, salah seorang suspek, Mohd Danial Farhan Abdul Rahman, dilaporkan mendakwa dia mula mengenali seorang individu melalui aplikasi media sosial sebelum ditawarkan untuk membawa dadah ke luar negara.

Individu tersebut dipercayai menjanjikan bayaran lumayan sebagai ganjaran, selain menyerahkan sepasang kasut yang didakwa digunakan bagi tujuan perjalanan berkenaan.

Bagaimanapun, polis Jepun bersama pihak berkuasa berkaitan percaya kelima-lima suspek berkenaan menerima arahan untuk membawa masuk dadah tersebut ke Jepun.

 

Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dalam kegiatan yang disyaki itu.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved