Suspek libas anggota polis guna parang direman empat hari

18 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek libas anggota polis guna parang direman empat hari
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

JELI - Seorang lelaki yang dipercayai melibas seorang anggota polis menggunakan sebilah parang di Kampung Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah direman empat hari bermula Ahad.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Media pada Sabtu, melaporkan, seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan parah dilibas lelaki positif dadah dengan sebilah parang semasa Ops Tapis Bersepadu Sempadan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

Dalam kejadian jam 1.35 petang itu, anggota terbabit retak tulang tangan kiri selepas terkena libasan parang oleh suspek.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah suspek berusia lingkungan 30 tahun itu telah bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota bertugas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved