Penganggur serah diri lepas enam kali tikam isteri sampai parah

7 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penganggur serah diri lepas enam kali tikam isteri sampai parah

KOTA BHARU – Seorang penganggur menyerah diri kepada polis selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali menggunakan sebilah pisau pada anggota badan wanita itu di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang merupakan seorang jururawat berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan leher.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 47 tahun ditahan apabila menyerah diri kepada pihak polis selepas kejadian itu.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian tersebut. Suspek kini direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Azmir memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Penganggur serah diri lepas enam kali tikam isteri sampai parah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved