Sebelum ini tular di media sosial beberapa video memaparkan aksi kejar-mengejar antara polis dan orang awam di jalan raya dalam insiden yang berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 11 Oktober lalu.
Malah turut kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dinaiki individu berkenaan melanggar divider jalan sebelum polis datang menghampiri kenderaannya. Mereka kemudian dilihat ditarik keluar dan seorang darinya berlari ke arah jalan raya.
View on Threads
Polis tahan 2 individu cuba larikan diri guna pacuan empat roda, barangan dipercayai alat curi kabel turut dijumpai
Terbaharu, polis memaklumkan dua individu terbabit cuba melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Dalam kenderaan terbabit turut ditemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel serta dua senjata berbahaya.
Ditahan selepas dikejar anggota polis
Mereka kemudiannya ditahan selepas dikejar oleh anggota polis dari Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang, sekitar jam 11 pagi, semalam (11 Oktober).
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid polis menerima info daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang sedang mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang berwarna oren.
Katanya dua suspek tersebut berjaya ditahan sewaktu berada di dalam kenderaan terbabit di persimpangan Jalan Jelatek serta Jalan Taman Setiawangsa berdekatan sebuah stesen minyak.
Prang, sabit dan alatan dipercayai untuk curi kabel dijumpai dan polis turut rampas bahan disyaki dadah
“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan sebilah parang, sebilah sabit serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel, termasuk alat pembuka penutup lurang utiliti (manhole).
“Polis turut merampas bahan yang disyaki dadah daripada kedua-dua suspek,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut:
- Seksyen 186 Kanun Keseksaan
- Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,
- Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955
- Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

![Tular Aksi Kejar-mengejar Di Jalanan, Polis Tahan 2 Lelaki & Rampas Peralatan Curi Kabel [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/Polis-kejar-lelaki-naiki-4x4-1.jpg)

![[VIDEO] Pikap tular dikejar polis miliki dadah, alatan curi kabel](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/pikap-tular-1024x660.jpeg)



