Suspek Masih Dirawat, 24 Individu Dirakam Percakapan Berhubung Insiden Serangan Di Sekolah Antarabangsa - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak

23 Oct 2026 • 10:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Suspek Masih Dirawat, 24 Individu Dirakam Percakapan Berhubung Insiden Serangan Di Sekolah Antarabangsa - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak

Suspek kes serangan di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak kini masih menerima rawatan di hospital.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Saifullizan Ishak memaklumkan suspek terlibat dalam insiden di Tunku Putra-HELP itu masih dirawat di hospital.

"Siasatan diteruskan dengan mengambil kira keadaan kesihatannya serta tertakluk kepada nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan, disamping memastikan segala prosedur undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Polis Berkenaan Serangan Di Sekolah Antarabangsa Di Kuching

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa seramai 24 orang telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Seramai 24 orang telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan, melibatkan pengadu, mangsa, pegawai perubatan, pegawai yang terlibat dalam tangkapan dan rampasan, ibu bapa individu disiasat, pemandu keluarga, pihak sekolah serta pelajar," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang.

"Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Baca juga:

Dalam masa sama, polis meminta orang ramai menghormati privasi mangsa dan pelajar yang terlibat serta tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi yang boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana pihak, khususnya individu bawah umur.

PDRM Kontinjen Sarawak menegaskan komitmen untuk memastikan siasatan kes berkenaan dilaksanakan secara adil, objektif dan berlandaskan kedaulatan undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved