Kanak-kanak lima tahun maut dicampak ke sungai

21 Sep 2026 • 10:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kanak-kanak lima tahun maut dicampak ke sungai

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun dengan bersenjatakan parang.

“Polis menerima laporan kira-kira 9.30 pagi berhubung kejadian suspek mengamuk dan mengejar lelaki terbabit.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek akhirnya berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata pembantu pegawai perubatan mengesahkan kematian kanak-kanak itu dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dijangka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang esok untuk bedah siasat. 

Beliau berkata suspek dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental manakala kejadian berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved