Suspek samun bersenjata kedai serbaneka direman 6 hari

14 Aug 2026 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek samun bersenjata kedai serbaneka direman 6 hari
Suspek telah direman selama enam hari sehingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Slim River, bulan lalu.

Tangkapan terhadap suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Rawang, Selangor sekitar jam 11.30 malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, laporan kes itu diterima daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 1 Julai lalu yang mendakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian kira-kira jam 1.49 pagi.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa disamun oleh dua lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau.

“Suspek bertindak merampas wang tunai, barang kemas serta dua telefon bimbit milik mangsa dengan kerugian dianggarkan RM4,800,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, suspek telah direman selama enam hari sehingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved