Samun di Slim River, ditangkap di Rawang

14 Aug 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Samun di Slim River, ditangkap di Rawang

TANJUNG MALIM – Polis menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berumur 25 tahun di Rawang, Selangor semalam bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Slim River di sini pada 1 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Khalid Mohamad, pada 1 Julai lalu, seorang wanita warga tempatan berumur 22 tahun telah membuat laporan polis yang mendakwa telah disamun dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian kira-kira pukul 1.49 pagi.

“Suspek yang bersenjatakan pisau telah merampas wang tunai, barang kemas dan dua buah telefon bimbit mangsa yang dianggarkan bernilai RM4,800.

“Siasatan dan risikan lanjut berjaya menahan seorang lelaki semalam kira-kira pukul 11.20 malam di Rawang, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Mahkamah Majistret Slim River telah membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga Rabu depan bagi membantu dan melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan menggunakan senjata),” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Samun di Slim River, ditangkap di Rawang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved