Suspek samun kedai serbaneka di Slim River, ditahan di Rawang

14 Aug 2026 • 7:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek samun kedai serbaneka di Slim River, ditahan di Rawang

TANJUNG MALIM: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun di Rawang, Selangor, semalam bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Slim River pada 1 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.49 pagi selepas seorang wanita tempatan berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa disamun dua lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, suspek yang bersenjatakan pisau telah merampas wang tunai, barang kemas dan dua telefon bimbit milik mangsa dengan keseluruhan kerugian dianggarkan RM4,800.

“Siasatan dan risikan lanjut berjaya menahan seorang lelaki kira-kira pukul 11.20 malam semalam di Rawang, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Mahkamah Majistret Slim River membenarkan permohonan reman selama enam hari sehingga Rabu depan bagi membantu dan melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Khalid berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan. – UTUSAN

The post Suspek samun kedai serbaneka di Slim River, ditahan di Rawang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved