Suspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahan

Local
18 May 2026 • 8:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahan
Seorang lelaki berusia 32 tahun berjaya ditahan polis selepas menikam seorang wanita di dalam kereta di hadapan restoran Titi Gajah, Kepala Batas pada Ahad.
Image from: Suspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahan
Wanita ditikam di leher oleh seorang lelaki yang dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah pada malam Ahad.

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang melarikan diri selepas menikam seorang wanita dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di sini berjaya ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 32 tahun akan direman pada Isnin.

"Untuk makluman, suspek kes tikam telah berjaya ditangkap. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita cedera ditikam di bahagian kanan leher oleh seorang lelaki di lokasi kejadian pada malam Ahad.

Syed Basri berkata, dalam kejadian 9.19 malam itu, mangsa dipercayai ditikam dalam kereta jenis Mazda 3 dan lelaki tersebut dipercayai melarikan diri.

**media[3524118]**

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan selain percaya mangsa dan suspek saling mengenali.

Jelas Syed Basri, hasil siasatan awal mendapati kenderaan adalah milik mangsa dan semasa kejadian dia berada di bahagian pemandu.

Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.

View Original Article