SUV Jaecoo J5 Dipertontonkan – SUV Segmen B Terbaru, Pelancaran di Malaysia 2025?

LocalCars
21 Oct 2024 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SUV crossover segmen B terbaru, Jaecoo J5, telah membuat penampilan sulung globalnya baru-baru di 2024 Omoda Jaecoo International User Summit. Model peringkat permulaan (entry-level) baharu Jaecoo ini tampil menyerlah dengan sentuhan rekaan dan kelengkapan mewah di luar dan dalam.

Trenkuasa Jaecoo J5

Jaecoo J5 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4 silinder TGDi yang sama dengan Jaecoo J7, menghasilkan 194 hp dan 290 Nm. J5 ditawarkan dalam konfigurasi pacuan hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD), kedua-duanya menggunakan transmisi automatik 7 kelajuan DCT.

Reka Bentuk Jaecoo J5

image is not availableimage is not available

Dari segi saiz, Jaecoo J5 berukuran 4,380 mm panjang, 1,860 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan jarak roda 2,620 mm, menjadikannya setanding dengan model SUV segmen B lain seperti Honda HR-V, Proton X50 dan ‘saudaranya’ Chery Omoda 5.

image is not availableimage is not available

Dari segi visual, Jaecoo J5 memiliki reka bentuk yang hampir serupa dengan model lain yang lebih besar, terutamanya Jaecoo J7. Gaya badannya cukup tegap, disempurnakan oleh pelbagai elemen menarik termasuk gril ‘waterfall’ dengan jalur (slat) menegak, menyerupai model Jaecoo lain, serta lampu LED segi empat tepat di kiri dan kanan.

Bahagian belakang J5 juga mengingatkan kepada J7 dengan lampu belakang LED yang halus, walaupun tiada bar lampu LED.

Kabin yang Mewah dengan Teknologi

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Di bahagian dalam, jelas bahawa J5 mengekalkan pelbagai ciri reka bentuk yang sama dengan model Jaecoo lain yang sarat dengan teknologi canggih dan kelengkapan mewah. Antaranya ialah skrin infotainmen 13.2 inci pada kedudukan potret, kluster instrumen digital yang bergaya, stereng dua jejari yang dibalut kemas dengan kulit, upholsteri kulit faux dua warna, kerusi hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik dan bumbung suria panorama penuh.

image is not availableimage is not available

Walaupun saiznya agak kecil, ruang kabin belakang J5 cukup selesa dan luas untuk tiga penumpang. Penumpang belakang juga boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti port pengecas USB dan corong pendingin hawa.

Ruang Kargo yang Luas

image is not available

J5 juga memiliki ruang but yang agak besar dengan kapasiti 480 liter yang boleh diluaskan sehingga 1,180 liter. Pintu but ruang kargo ini boleh dibuka secara automatik. Di sini terdapat ruang simpanan tayar gantian bersaiz penuh, ciri yang jarang ditemui dalam kebanyakan SUV moden.

Kehadiran di Pasaran Antarabangsa dan Malaysia

image is not availableimage is not available

Sebagai model SUV mewah peringkat permulaan terbaru daripada Jaecoo, J5 dijangka akan dilancarkan di beberapa pasaran antarabangsa terpilih, termasuk Malaysia. Memandangkan Jaecoo Malaysia dijangka akan melancarkan dua model baharu di Malaysia dalam masa yang terdekat, J5 mungkin akan tiba di pasaran kita dalam tahun 2025.

image is not available