
Kemelut rumah tangga antara pelakon Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana dilihat masih belum berpenghujung, baru-baru ini ada seorang wanita mendakwa dirinya sebagai sahabat kepada Puteri Sarah ada membuat satu pendedahan berkenaan dengan kehidupan Puteri Sarah selama ini menerusi IG Story Mea Sukri.
Malah, dilihat perkongsian tersebut seolah-olah dipersetujui oleh Puteri Sarah apabila dia sendiri ada repost pendedahan itu di IG Storynya.
Kuat cemburu, kongkong Puteri Sarah?
Perkongsian tersebut dimulakan dengan gambar throwback majlis perkahwinan antara kedua pelakon ini, Mea mendedahkan bahawa dia rasa kecewa apabila terkenangkannya.
“Masa ini dia tergila-gilakan Sarah, masa tu juga dia nak size cincin. Dia tak kira dah Sarah tengah sibuk outstation ke, tengah shooting ke dia peduli apa.”

Jurusolek ini juga turut mendakwa bahawa ketika hari Majlis Merisik, pasangan ini ada bergaduh dan mendakwa Syamsul Yusof atau digelarkan sebagai SY ini kebudak-budakan. Malah, dia juga mendedahkaan bahawa Syamsul Yusof ini seorang yang kuat cemburu.
“Dia boleh skodeng dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain, dia sangat mengongkong Sarah!”
Malah, difahamkan Syamsul Yusof mengalami demam denggi ketika majlis perkahwinannya, namun tetap ingin diteruskan.
“Tengah-tengah sakit demam denggi pun nak juga teruskan majlis kahwin. Kalau aku jadi Sarah masa tu, tak naklah kahwin dengan bakal suami pakai drip. Semua orang mendoakan bagus SY ni, pakaian nikah pun syariah compliance sangat (masa tu lah).”
Jelasnya lagi, Puteri Sarah seorang yang patuh dengan apa yang ditetapkan oleh Syamsul Yusof seperti tidak memakai baju ketat, tidak terlalu rapat kalau bergambar dengan lelaki, tidak keluar bekerja dan memakai jubah hitam.
Katanya lagi, Puteri Sarah jaga anak dengan baik di rumah sementara Syamsul Yusof sibuk dengan penggambaran.

Call tak jawab, mesej tak balas
Mea mendakwa, isu ini sudah tergantung selama bertahun, dia mempersoalkan sikap berperikemanusiaan Syamsul Yusof terhadap isterinya yang merupakan sahabat Mea ini.
Mea meluahkan rasa simpati terhadap nasib anak mereka, Sumayya kerana Puteri Sarah hidupnya penuh dengan kesedihan sejak Sumayya belum dilahirkan lagi.

Kata Mea, dia sebenarnya sudah lama tahu perkara ini tetapi hanya berdiam diri atas dasar hormat pihak keluarga Puteri Sarah dan keluarga mertuanya.
“Melihat keadaan Sarah pada ketika itu tidak stabil, terpaksa uruskan anak masih kecil, nak kena nampak positif di mata netizen, aku yang tengok ni pun rasa letih, Apatah lagi dia, kan?”
Namun begitu, pada mulanya Mea ada meminta Puteri Sarah untuk pertahankan hak sebagai isteri seperti tawan hati suami dan bermacam ikhtiar lagi yang telah dilakukan, namun tidak mendatangkan sebarang hasil.
“Kalau aku di tempat Sarah, dah lama aku angkat kaki. Tapi kenal dia, dia seorang fighter. Macam-macam pihak sana sogok pun dia masih percayakan suami dia.”


Kata Mea, tujuan dia membuat pendedahan ini bukanlah ingin bersembang saja-saja, tetapi geram dengan segelintir netizen yang tak tahu hujung pangkal cerita, jadi perkongsian ini hanya untuk dijadikan teladan.
Baca : Puteri Sarah Minta Netizen Bincangkan Statement Kazar, “Berdamailah, Bukan Masalah Besar Sangat..”
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

