“Tiada Maaf Bagi Mereka!” – Ibu Syamsul Yusof Buat IG ‘Story’, Selar Individu Runtuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga

3 Jan 2023 • 2:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sememangnya kita tahu, kemelut diantara pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berhubung kes orang ketiga iaitu Ira Kazar masih belum selesai dan berlarutan hingga ke hari ini.

Seperti diketahui ramai, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail sangat menyayangi menantunya dan terbaharu, dia ada memuat naik satu status di Instagram Story seakan-akan memerli ‘orang ketiga’ yang menganggu rumah tangga anaknya.

Melalui posting tersebut, ibu pengarah itu menegaskan tiada kemaafan buat seseorang individu yang telah meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga.

image is not available

 

Dalam pada masa yang sama, dirinya juga memuat naik foto lama Syamsul bersama Puteri Sarah dan anak lelaki mereka yang dipercayai ketika itu masih belum wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

image is not available

Sekadar info, setelah sekian lama mendiamkan diri, Syamsul baru-baru ini berkata akan mendedahkan hal sebenar tanpa mengaibkan ataupun membuka pekung mana-mana pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

“Tiba-Tiba Tahu Kahwin” - Puteri Sarah Dakwa Syamsul & Ira Bernikah Secara Rahsia Di Thailand