Syahir intai satu lagi Sukan Asia

9 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Syahir intai satu lagi Sukan Asia

TEKONG utama negara, Syahir Rosdi belum bercadang memperlahankan langkah apabila menyimpan hasrat untuk terus bersama skuad sepak takraw kebangsaan sekurang-kurangnya untuk satu lagi edisi Sukan Asia sekiranya keadaan fizikal mengizinkan.

Buat masa ini, Syahir mahu mengalihkan tumpuan kepada persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 terlebih dahulu sebelum menilai peluang untuk meneruskan perjuangan ke satu lagi edisi Sukan Asia, sekali gus memberi gambaran bahawa khidmatnya bersama skuad negara masih belum berakhir.

“Selepas ini kita akan teruskan persiapan untuk Sukan SEA, kemudian mungkin ke Sukan Asia sekali lagi, insya-Allah kalau tidak ada apa-apa kecederaan,” katanya.

Hasrat itu hadir selepas Syahir melalui perjalanan mencabar menuju Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila terpaksa berehat selama tiga bulan akibat kecederaan sebelum berdepan pula masalah pada bahagian pinggang sehingga tidak dapat menjalani latihan sepenuhnya.

Malah, Syahir mengakui pernah meragui kemampuannya untuk beraksi di temasya tersebut sebelum perubahan pada minggu terakhir apabila servis dan prestasinya kembali ke tahap yang meyakinkan.

“Seminggu terakhir itu, Alhamdulillah saya boleh melakukan servis semula dan dapat kembali prestasi saya. Dari situ datang semula semangat saya untuk ke Sukan Asia,” katanya.

Bagaimanapun, dia masih belum benar-benar bebas daripada kebimbangan terhadap kecederaan ketika turun beraksi sehingga perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Kejayaan meraih emas acara regu berpasukan turut membawa makna istimewa buat Syahir yang menganggapnya sebagai rezeki menjelang kelahiran anak pertama, selain menghargai sokongan semua pihak sepanjang perjalanannya kembali daripada kecederaan.

The post Syahir intai satu lagi Sukan Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved