
PETALING JAYA: Kerajaan menetapkan syarat ketat berhubung tuntutan potongan cukai perbelanjaan gaji bagi menutup ruang dan peluang majikan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi langkah baharu itu, syarikat selain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) hanya dibenarkan menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji sekiranya bayaran tersebut dibuat secara sah melalui akaun bank.
“Pelaksanaan berkenaan adalah selaras dengan saluran pembayaran gaji yang dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini. –UTUSAN
The post Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing appeared first on Utusan Malaysia.





