Syarikat e-hailing tidak adil, saksama boleh dikenakan tindakan - APAD

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
APAD tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan tidak adil dan saksama dalam sistem agihan tempahan yang dilaksanakan oleh syarikat pengendali e-hailing kepada pemandu.

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan tidak adil dan saksama dalam sistem agihan tempahan yang dilaksanakan oleh syarikat pengendali e-hailing kepada pemandu.

APAD dalam satu kenyataan menegaskan, semua perkhidmatan e-hailing wajib mematuhi syarat-syarat pelesenan dan syarat-syarat khas di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) Syarat Khas (Bahagian III – Operasi) Kenderaan e-Hailing: Pemegang Lesen hendaklah memastikan sistem agihan tempahan yang ditetapkan adalah adil dan saksama kepada semua pemandu”.

"Sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12A(9), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

"Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak lebih daripada RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya pada Khamis.

Tambah APAD, pihaknya memandang serius isu yang telah tular baru-baru ini berkaitan amalan berunsur diskriminasi berasaskan bahasa dalam sistem agihan tempahan sebuah aplikasi perkhidmatan e-hailing.

Jelasnya, ia didakwa tidak memberikan agihan secara adil dan saksama kepada semua pemandu.

"Oleh itu, kami komited untuk memastikan kesinambungan industri perkhidmatan e-hailing sebagai perkhidmatan pengangkutan awam yang adil, telus dan inklusif.

"Selain itu, bebas daripada sebarang unsur diskriminasi terhadap semua pihak berkepentingan," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved