Syarikat tempatan perlu jadi penerima manfaat ekosistem teknologi Selangor - EXCO

LocalTechnology
3 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Syarikat tempatan perlu jadi penerima manfaat ekosistem teknologi Selangor - EXCO

SHAH ALAM, 3 SEPT: Syarikat tempatan perlu menjadi penerima manfaat utama daripada pembangunan ekosistem rangkaian bekalan berteknologi tinggi di Selangor, khususnya dalam sektor semikonduktor, pusat data dan kecerdasan buatan (AI).

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han berkata pembangunan industri berkenaan perlu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang, mendapatkan pelanggan baharu dan meluaskan perniagaan.

Menurutnya, pembentukan ekosistem rangkaian bekalan yang kukuh memerlukan kerjasama erat antara pemain industri, agensi kerajaan, universiti dan institusi penyelidikan bagi merapatkan jurang keperluan dalam industri.

“Tiada siapa dapat membina industri secara bersendirian. Kerjasama semua pihak sememangnya membantu dalam mengurangkan jurang dan memenuhi keperluan industri.

“Kerajaan turut memainkan peranan membantu membuka laluan dan memudahkan urusan industri, manakala universiti serta pasukan penyelidikan menyediakan bakat yang diperlukan industri.

“Jadi, apabila semua pihak ini bergabung dalam satu ekosistem yang sama, urus niaga dapat dijalankan dan itulah bagaimana sesebuah rantaian bekalan dapat dibentuk,” katanya menerusi Facebook.

Image from: Syarikat tempatan perlu jadi penerima manfaat ekosistem teknologi Selangor - EXCO
EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han (duduk, tengah) bergambar bersama peserta Supply Chain Day Series 1: Exclusive Showcase from MaiStorage di Four Points by Sheraton Puchong, Subang Jaya pada 2 September 2026. Foto Facebook Sidec - Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation

Semalam, Sze Han menghadiri program Supply Chain Day pertama anjuran MaiStorage dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) di di Four Points by Sheraton Puchong.

Program berkenaan menghimpunkan pemain industri termasuk syarikat semikonduktor dan reka bentuk, syarikat pusat data serta AI, selain agensi kerajaan, universiti dan institusi penyelidikan.

Beliau berkata program itu turut menyokong usaha Kerajaan Negeri membangunkan ekosistem teknologi dan semikonduktor menerusi inisiatif Semiconductor IC Design Park dan Ehsan Kapital.

“Antara perkara yang difokuskan adalah menghubungkan pemain industri tempatan yang lebih kecil dengan yang lebih besar supaya lebih mudah mencari pelanggan, rakan kongsi dan ruang untuk berkembang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved