Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

EntertainmentMusic
24 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

Figura muzik muda, Syasya Rizal, secara rasmi membuka lembaran baharu dalam karier muzik solonya menerusi pelancaran single sulung yang amat dinantikan bertajuk “Different”. Lagu ini menjadi penanda aras penting buat Syasya yang kini tampil dengan versi diri yang lebih matang, yakin, dan berdikari.

Dicipta dan ditulis bersama barisan komposer terkemuka seperti Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel, serta Syasya Rizal sendiri, “Different” membawakan tenaga pop yang segar tanpa menghilangkan identiti asal yang pernah memikat hati para peminatnya sebelum ini. Lagu ini menyampaikan mesej pemerkasaan diri bahawa setiap individu berhak mengejar impian tanpa perlu bersaing atau membandingkan diri dengan orang lain.

Image from: Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

Menurut Syasya, inspirasi lagu ini lahir daripada kehendaknya untuk memperkenalkan identiti sebenarnya sebagai seorang artis solo. “Bila pertama kali masuk ke studio bersama Amirul, saya beritahu dia bahawa saya mahu buat muzik yang apabila orang dengar, mereka terus tahu, ‘Oh, ini Syasya.’ Elemen tenaga dan muzik yang orang kenal sebelum ini masih ada, cuma kali ini saya tampil dengan fasa kehidupan dan pengalaman yang baharu. Same Syasya, just a different chapter,” jelas Syasya.

Bagi Syasya, “Different” merupakan karya yang sangat peribadi kerana ia menterjemahkan fasa hidupnya kini yang telah berkembang menjadi seorang isteri dan ibu, di samping terus berjuang mengejar impian dalam industri muzik.

Image from: Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

“Saya mencurahkan sepenuh hati dalam lagu ini. Mesej utamanya sangat ringkas, saya di sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi untuk membina laluan saya sendiri. Fasa motherhood atau perkahwinan bukanlah penghalang untuk seorang wanita berhenti mengejar impian. Keutamaan kita mungkin berubah, tetapi impian tidak perlu dipadamkan. Saya berharap lagu ini dapat memberi peringatan kepada wanita di luar sana bahawa anda boleh terus membesar, berubah, dan mengejar impian yang membuatkan anda berasa hidup,” katanya lagi.

Mengulas mengenai proses pembentukan lagu ini, Syasya meluahkan rasa syukurnya dapat bekerjasama dengan kumpulan produksi yang sangat menyokong, terutamanya memandangkan ini merupakan pengalaman awalnya dalam penulisan lagu.

Image from: Syasya Rizal Buka Babak Baharu Menerusi Single Internasional, “Different”

“Meskipun saya masih baharu dalam bidang penulisan lagu, mereka sangat terbuka mendengar idea dan pandangan saya. Suasana kerja yang selesa dan saling menghormati membolehkan saya lebih berani untuk menyuarakan apa yang saya inginkan secara kreatif. Semua orang mahukan yang terbaik untuk lagu ini, dan daripada situlah lahirnya ‘Different’,” tambahnya.

Bercakap mengenai harapannya, Syasya berharapkan lagu ini dapat dinikmati oleh para pendengar dan menjadi hadiah bermakna buat para peminat yang setia menantikan karya solonya.

“Saya berharap para pendengar dapat menikmati tenaga lagu ini, menari bersama, dan memahami mesej di sebaliknya. Untuk semua yang telah sabar menanti saya mengeluarkan lagu solo, terima kasih atas kesabaran anda. Insya-Allah, ini hanyalah permulaan kepada banyak lagi perkara menarik yang akan datang,” katanya menutup bicara.

“Different” kini boleh didengar di semua platform penstriman digital.

Profile Syasya Rizal

Instagram | TikTok | YouTube

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved