Syed Saddiq, Bella Astillah Selamat Diijabkabul Di Menara 118

10 Oct 2026 • 10:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Dengan sekali lafaz, pasangan terhangat tahun ini isitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah selamat diijabkabul.

Seri kedua mempelai jelas terserlah dalam busana serba putih pada upacara pernikahan bertemakan Timur Tengah, yang diadakan di Menara Merdeka 118, di sini, hari ini.

Pasangan dua sejoli itu dinikahkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Image from: Syed Saddiq, Bella Astillah Selamat Diijabkabul Di Menara 118

Majlis berkenaan turut dihadiri beberapa tetamu kenamaan, antaranya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Shahril Hamdan, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selepas majlis akad nikah, pasangan itu dijadual mengadakan beberapa majlis resepsi bagi meraikan penyatuan mereka bersama keluarga, sahabat dan masyarakat setempat.

Majlis resepsi utama dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada 18 Oktober ini.

Image from: Syed Saddiq, Bella Astillah Selamat Diijabkabul Di Menara 118

Pasangan itu turut merancang dua majlis bertemakan Kenduri Rakyat, masing-masing di Muar, Johor, pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah, pada 31 Oktober ini.

Konsep Kenduri Rakyat itu bertujuan berkongsi kegembiraan bersama masyarakat setempat menerusi suasana kenduri yang mengetengahkan semangat kebersamaan dan gotong-royong.

Perincian lanjut mengenai majlis pernikahan dan resepsi pasangan tersebutdijangka menyusul tidak lama lagi. -  Getaran, 10 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved