Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kepada Tun Mahathir & Isteri, Sempat Minta Petua Kahwin

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 12:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kepada Tun Mahathir & Isteri, Sempat Minta Petua Kahwin

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghantar sendiri kad kahwin kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Threads, Syed Saddiq berkata pasangan berkenaan merupakan antara tetamu istimewanya.

Image from: Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kepada Tun Mahathir & Isteri, Sempat Minta Petua Kahwin
Kredit: Threads Syed Saddiq

Dalam pertemuan itu, beliau turut meminta petua perkahwinan daripada Tun Mahathir dan Tun Hasmah.

Baca juga:

“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah, special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati.

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” ujarnya.

Image from: Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kepada Tun Mahathir & Isteri, Sempat Minta Petua Kahwin
Kredit: Threads Syed Saddiq

Syed Saddiq dan Bella Astillah dijadualkan bernikah pada 10 Oktober depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved