Syed Saddiq mohon izin urus hal peribadi sekejap -“Selama ini letak negara di hadapan”

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 10:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
syed saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan hasrat untuk berehat seketika daripada dunia politik demi memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi.

image is not available

Syed Saddiq umum beberapa hal selepas dibebaskan dari pertuduhan

Pengumuman itu dibuat selepas beliau selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Syed Saddiq mohon beri ruang fokus urusan peribadi

Dalam siaran langsung menerusi TikTok tersebut, Syed Saddiq menyatakan sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada diri dan keluarga yang selama ini sentiasa berada di belakang tabir perjuangannya.

“Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah… untuk uruskan kehidupan peribadi saya yang selama ini saya letakkan ke tepi demi kepentingan negara di hadapan,” katanya.

image is not available

Tak bermaksud tinggalkan perjuangan, ada perancangan lebih besar

Beliau menegaskan keputusan ini tidak bermaksud dirinya akan meninggalkan perjuangan atau rakyat Malaysia, tetapi hanya memerlukan sedikit masa untuk menyusun semula kehidupan peribadi sebelum kembali dengan perancangan lebih besar.

“Saya cuma perlukan sedikit masa untuk uruskan kehidupan peribadi saya dan meluangkan masa bersama keluarga. Selepas itu, perancangan-perancangan lebih besar akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Keputusan berkenaan telah dibuat sebulat suara oleh pihak mahkamah.

Sumber: TikTok scha