
Bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kumpulan tersebut.Sebaliknya kata Syuk atau nama sebenarnya Mohd. Syukri Mohd. Shanushi, dia cuma sudah tidak berminat lagi untuk menyertai New Boyz namun tetap mendoakan yang terbaik buat Tomok dan rakan-rakan lain.“Assalammualaikum, maaf Tomok, aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku just tak berminat nak join.“Terima kasih sebab invite aku untuk join konsert. Aku doakan New Boys sukses selalu dan konsert berjalan dengan lancar,” maklumnya. Terdahulu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, usahanya untuk mencari Syuk masih gagal sejak September lalu.Kata Tomok, kali terakhir dia menghubungi Syuk sekitar 2009 atau 2010.Bagaimanapun, Tomok tetap melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki Syuk termasuk menghubungi ibu Syuk meskipun tidak menemui sebarang jawapan.






